Make your own free website on Tripod.com

Assalammua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh ... Jazakallah

Islamiah

Keutamaan Surah Al-Mulk
- Saudara Mohd Faizal


Assalammua'laikum warahmatullahi wabarakatuh ... 

Sabda Rasulullah s.a.w.:
        "Dialah (Surah Al-Mulk) suatu pendinding, dan dia penyelamat yang menyelamatkan daripada siksa kubur". (Riwayat Tirmizi - Hasan Gharib)

Dan kami meriwayatkan daripada Abd bin Humaid, daripada Ibrahim bin Al-Hakam, daripada ayahnya Ikrimah, daripada Ibnu Abbas r.a. yang berkata kepada seorang lelaki:
"Mahukan kau aku berikan sesuatu pesanan yang kau akan bergembira dengannya?" 
Jawab lelaki itu: "Berilah!"
Katanya: "Baca Surah (Al-Mulk), hafalkannya dan ajarkannya kepada isterimu, anak-anakmu, kaum keluargamu serta jiran-jiranmu, kerana dia itu adalah penyelamat dan pembela yang akan membela pembacanya dihadapan Tuhannya di hari Kiamat, sambil memohon Tuhannya untuk menyelamatkannya dari siksa api neraka. Jika Surah itu ada di dalam dadanya, dan Allah akan menyelamatkannya juga dari siksa Kubur."

Berkata Rasulullah s.a.w.:
        "Aku suka sekali jika Surah itu berada didada setiap manusia dari UmatKU."

Berkata Abu Umar bin Abdul Bar suatu bicara yang sah datangnya daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya Baginda telah berkata:
        "Sesungguhnya ada sebuah Surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat, telah memberi syafaat kepada Tuannya sehinggga ia diampunkan, iaitu Surah 'Tabarak Al-Mulk'."

Dan dari Abu Asy-Syaikh meriwayatkan dalam Thabaqatul Asbahaniyin(264) daripada Abdullah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
        "Surah Tabaraka ialah yg mencegah dari azab kubur." (Hadis Hasan).

Wallahu'alam.

Islamiah | Musafir Ikhlas` | Sastera Melayu