Make your own free website on Tripod.com

Assalammua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh ... Jazakallah

Islamiah

Keutamaan Masjid


Assalammua'laikum warahmatullahi wabarakatuh ... 

01)     Solat di rumah sendirian, pahalanya 1, 
                ** di surau berjemaah pahalanya 25, 
                ** di masjid berjemaah 500, 
                ** di Masjid Al-Aqsa pahalanya 25,000, 
                ** di Masjid Nabawi pahalanya 50,000, 
                ** di Kaabatullah di Mekah pahalanya 100,000. 

02)     Orang yang duduk dalam masjid menunggu solat dikira sebagai "Qanitin" (orang yang naik haji setiap tahun, sentiasa berjihad dan tahajjud sepanjang malam). Seorang beriktikaf dalam masjid selepas solat, para malaikat berdoa ampun dan rahmat untuknya. 

03)     Hai, Abu Zar! Sesungguhnya Allah memberi kepadamu selama kau duduk di masjid untuk setiap nafas; 
                ** 1 darjah di syurga 
                ** 10 hasanah (kebaikan) 
                ** Dosa dihapuskan 
                ** Kamu didoakan oleh malaikat 

04)     Hadrat Wasila bin Aqsa r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; 
                ** menyapu masjid 
                ** menjaga kebersihannya 
                ** membuang sampah sarap 
                ** membakar bauan wangian terutamanya di malam Jumaat 
        semuanya adalah amalan yang memperolehi harta di syurga. 

05)     Barangsiapa membuang kotoran dari masjid di bina Allah swt untuknya rumah di syurga. 

06)     Barangsiapa memasang pelita di dalam masjid, sentiasa malaikat "Hamalatul Arash" selawat dan memohon ampun atasnya selama ada cahaya itu di dalam masjid. 

07)     Bahawasanya mas kahwin bidadari itu menyapu debu di masjid. 

08)     Barangsiapa menghampar tikar dalam masjid, sentiasa malaikat memohon ampun untuknya selagi tikar itu terhampar. 

09)     Abu Said Al-Kudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda " Sesiapa yang membersihkan masjid dengan menyapunya akan di bina sebuah rumah untuknya di syurga". 

10)     Hadrat Abu Qarsafa r.a meriwayatkan sabdaan Rasulullah s.a.w., "Menyapu dan membersihkan masjid adalah mas kahwin bidadari". 

11)     Orang yang membina masjid kerana Allah akan di bina baginya masjid yang lebih besar di syurga. 

12)     Mereka yang membantu membina masjid adalah orang-orang Allah. 

13)     Hai, Abu Zar!, Yang di dalam masjid itu sia-sia melainkan 3 perkara; 
                ** Sholat 
                ** Zikrullah 
                ** Ta'alim - belajar agama 

14)     Sesungguhnya di dalam masjid andai kamu; 
                ** Ketawa - ia akan membawa gelap kubur dan mati jahat 
                ** Cerita-cerita - akan menghapuskan kebajikan 
                ** Cerita Dunia - ia menghapuskan ibadatmu 40 tahun 
                ** Berkata sia-sia - para malaikat akan membenci kamu. 

15)     Barangsiapa mengagungkan masjid, dia mengagungkan Allah. 

Wallahu'alam.

Islamiah | Musafir Ikhlas` | Sastera Melayu