Make your own free website on Tripod.com

Assalammua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh ... Jazakallah

Islamiah

Wasiat Imam Ghazali
- Petikan Kitab "Bimbingan Muslim"
Imam Ghazali

10 Wasiat Imam Ghazali


01. 
        Dunia ini laksana api yang membakar sesiapa yang cuba memegangnya, kerana itu gunalah api pada malam hari sahaja yang bererti jadikanlah dunia ini sekadar tempat mencari tapak syurga.

02. 
        Dunia adalah jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang abadi, kerana itu janganlah rosakkan jambatan dengan membawa keperluan dunia yang berlebihan sehingga jambatan roboh.

03. 
        Sibukkanlah berfikir tentang diri kamu sendiri sehingga tiada kesempatan untuk berfikir tentang orang lain.

04. 
        Sebelum tidur ingatlah bahawa esok belum tentu kamu boleh bangun lagi.

05. 
        Selepas bangun tidur bersyukurlah kerana Allah telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk kamu sedar.

06. 
        Ingatlah mati supaya kamu tidak lupa bahawa esok lusa kamu akan mati dan menjadi mangsa cacing tanah.

07. 
        Tataplah anak-anakmu baik-baik sesungguhnya mereka merupakan titipan Allah kepadamu untuk menguji sifat amanah dan kepimpinanmu.

08. 
        Berjuanglah di atas jalan Allah supaya malaikat memberi penghormatan ke atas kematianmu nanti.

09. 
        Berjamaahlah bersama kaum muslimin di dunia agar kamu beroleh teman semasa perbicaraan di mahkamah akhirat.

10. 
        Pandang ringanlah dunia ini agar ia bersikap pemurah.

12 Sifat Sahabat

01.
        Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

02.
        Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

03.
        Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, nescaya ia akan membantumu.

04. 
        Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, nescaya ia akan menerima dengan baik.

05.
        Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan)daripadamu, nescaya ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

06.
        Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, nescaya ia akan menutupnya.

07.
        Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, nescaya ia akan mengusahakannya.

08.
        Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), nescaya ia akan menanyakan kesusahanmu.

09.
        Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, nescaya ia akan meringankan kesusahanmu.

10.
        Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11.
        Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12.
        Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia akan mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

"Bimbingan Muslim"
Imam Ghazali

Islamiah | Musafir Ikhlas` | Sastera Melayu