Make your own free website on Tripod.com

Assalammua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh ... Jazakallah

Islamiah

Kelebihan Sholat Terawih

Kelebihan Sholat Tarawih.


Hari 1:
            Telah keluar orang mukmin daripada dosanya pada malam pertama seperti mana ia baru lahir,dengan lain perkataan dosanya diampunkan oleh Allah S.W.T.

Hari 2:
            Diampunkan dosa orang yang sholat Tarawih serta ibu-bapanya sekiranya kedua mereka orang yang beriman.

Hari 3:
            Berseru Malaikat di bawah Arash supaya meneruskan kami akan bersholat Tarawih berikutnya semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Hari 4:
            Dapat pahala ia sebagaimana pahala orang yang membaca kiyab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an.

Hari 5:
            Allah S.W.T kurniakan baginya pahala seumpama orang yang sholat di Masjid Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.

Hari 6:
            Allah beri kepadanya pahala Malaikat-Malaikat yang tawaf di Baitul Makmur, 70 ribu Malaikat sekali tawaf serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah S.W.T mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sholat Tarawih pada malam ini.

Hari 7:
            Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi A.S. menentang musuh ketatnya iaitu Fir'aun dan Hamman.

Hari 8:
            Allah mengurniakan pahala kepadanya seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.

Hari 9:
            Seolah-olah ia menyembah Allah seperti Nabi Ibrahim A.S menyembah Allah S.W.T(iaitu dinaikkan mutu ibadat hambaNya).

Hari 10:
            Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Hari 11:
            Keluar ia daripada dunia(mati) bersih daripada dosa seperti ia baru lahir.

Hari 12:
            Datang ia pada Hari Kiamat dengan muka yang bercahaya (iaitu cahaya ibadatnya).

Hari 13:
            Datang ia pada Hari Kiamat dalam aman sentosa dari pada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Hari 14:
            Datang Malaikat menyaksikan ia bersholat serta tiada Allah menyesatkannya pada Hari Akhirat.

Hari 15:
            Semua Malaikat yang menanggung Arash Kursi berselawat dan mendoakan atasnya supaya Allah S.W.T mengampunkannya.

Hari 16:
            Allah tuliskan baginya lepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Hari 17:
            Diberi pahala sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Hari 18:
            Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah S.W.T telah redha kepada engkau dan ibu-bapa engkau (yang hidup atau mati).

Hari 19:
            Allah tinkatkan serta tinggikan darjatnya di Syurga Firdaus.

Hari 20:
            Diberi kepadanya pahala sekalian mereka yang mati syahid dan orang-orang Shaalihiin.

Hari 21:
            Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.

Hari 22:
            Datang ia pada Hari Kiamat aman daripada tiap-tiap duka cita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Hari 23:
            Allah binakan ia sebuah bandar di dalam syurga.

Hari 24:
            Allah memberi peluang akan 24 doa yang mustajab (elok sekali berdoa dikala sujud).

Hari 25:
            Allah S.W.T angkatkan daripadanya siksaan kubur.

Hari 26:
            Memberi ia pahala beribadat 40 tahun.

Hari 27:
            Melintas atas titian Hari Kiamat seperti kilat yang menyambar.

Hari 28:
            Allah angkatkan darjatnya 1000 di akhirat.

Hari 29:
            Allah kurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Hari 30:
            Hai, hamba Ku ,makanlah segala jenis buah yang kau hendak makan didalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama 'Saisabil' dan minumlah air daripada telaga Nabi yang bernama 'Kausar'.

 

Wallau'alam

Islamiah | Musafir Ikhlas` | Sastera Melayu