Make your own free website on Tripod.com

Assalammua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh ... Jazakallah

Sabilal Muhtadin

Fasal Menyatakan Sujud Sahwi
- Ulasan Kitab Sabilal Muhtadin

Sunat melakukan Sujud Sahwi pada sholat Fardhu atau Sunnat diatas empat sebab:

1)                   Meninggalkan salah satu daripada segala Sunat Ab’ad sama ada dengan lupa atau sengaja.

 A.    Pada Bacaan Qunut

I.            Sama ada meninggalkan keseluruhan bacaan Qunut.

  • Meninggalkan bacaan Qunut pada sholat Subuh dengan sengaja ataupun lupa; iaitu terus kepada keadaan sujud bagi raka`at itu.

  • Meninggalkan bacaan Qunut pada sholat Sunnat Witir pada malam enambelas Ramadhan hingga akhir kerana lupa ataupun sengaja.

II            Meninggalkan beberapa ayat pada bacaan Qunut.

  • Meninggalkan potongan ayat yang terkandung didalam bacaan Qunut kerana lupa mahupun sengaja, seperti meninggalkan bacaan ‘Wabaarik lii Fiimaa A’thoit’ atau sebagainya.

III           Meninggalkan bacaan Selawat atau Salam ke atas Nabi s.a.w. dan ahli keluarganya pada akhir bacaan Qunut.

  • Meninggalkan bacaan Selawat dan Salam keatas Nabi s.a.w. dan ahli kelaurganya pada akhir bacaan Qunut;

  • Meninggalkan bacaan Selawat keatas Nabi s.a.w. pada akhir Qunut;

  • Meninggalkan bacaan Salam keatas keluarga Nabi pada akhir Qunut.

  • Iaitu bagi ketiga-tiga perkara yang disebutkan, terus kepada keaadan sujud selepas membaca ‘Wa Astargfiruka Wa atuubu Ilaik’.

  • Membaca Qunut pada kedudukan yang salah, iaitu selain daripada dalam keadaan berdiri pada raka’at kedua bagi Fardhu Subuh atau Sunnat Witir pada malam enambelas Ramadhan hingga akhirnya.

  • Membaca Qunut didalam keadaan ruku`, sujud, ataupun ketika duduk antara dua sujud, iftirash, duduk istirehat, atau duduk tawaru`.

 

B.    Pada Bacaan Tahiyat Awal

I      Meninggalkan bacaan Tahiyat Awal keseluruhannya.

  • Meninggalkan bacaan Tahiyat Awal pada sholat Zohor, `Asar, Maghrib dan Isya`, iaitu terus kepada keadaan berdiri pada raka`at yang ketiga.

II      Meninggalkan beberapa ayat pada bacaan Tahiyat Awal.

  • Meninggalkan beberapa potongan ayat daripada bacaan Tahiyat Awal seperti meninggalkan ayat ‘`Alainaa wa`alaa `ibadillahi sholihin’ atau sebaginya, kerana lupa atau sengaja.

II      Meninggalkan bacaan Selawat keatas Nabi s.a.w. pada Tahiyat Awal.

  • Meninggalkan bacaan Selawat keatas Nabi s.a.w. pada akhir Tahiyat Awal, iaitu kembali terus kepada keadaan berdiri selepas membaca ‘Wa Ashaduanna Muhammaddur Rasulullah’ tanpa membaca Selawat keatas Nabi s.a.w.

III     Membaca Tahiyat Awal selain daripada kedudukannya.

  • Membaca bacaan Tahiyat Awal selain daripada keadaan duduk iftirash, iaitu membaca bacaan Tahiyat Awal ketika berdiri, i`itidhal, ruku` atau sujud, sama ada kerana lupa ataupun sengaja.

C.    Pada Bacaan Tahiyat Akhir  

I      Meninggalkan bacaan Selawat dan Salam ketas ahli keluarga Nabi s.a.w. pada akhir bacaan Tahiyat Akhir

  • Meninggalkan bacaan Selawat dan Salam keatas ahli keluarga Nabi s.a.w. pada akhir bacaan Tahiyat Akhir, iaitu terus kepada Salam yang pertama, tanpa membaca Selawat dan Salam keatas ahli keluarga Nabi s.a.w. selepas membaca Selawat dan Salam keatas Nabi s.a.w. iaitu selepas membaca ‘Allahuma Sholli `Ala Muhammad’ pada bacaan Tahiyat Akhir.

II      Membaca Tahiyat Akhir selain daripada kedudukannya.

  • Membaca bacaan Tahiyat Akhir selain daripada keadaan duduk iftirash, iaitu membaca bacaan Tahiyat Akhir ketika berdiri, i`itidhal, ruku` atau sujud, sama ada kerana lupa ataupun sengaja, pada sholat Fardhu ataupun Sunnat.


2)                   Mengerjakan perbuatan yang tiada membathalkan sholat jika dilakukan dengan lupa, tetapi membathalkan sholat jika dilakukan dengan sengaja.  

A.    Makan atau berkata-kata dengan sedikit didalam sholat kerana lupa

I      Memakan dengan sedikit didalam sholat kerana lupa.

  • Memakan, mahupun menelan cebisan makanan, seperti gula-gula ataupun potongan daging, butiran nasi dan sebagainya, yang terselit dicelahan gigi dan gusi, ketika didalam sholat. Jika dilakukan perbuatan tersebut itu kerana lupa maka tiada ia membathalkan sholat itu, mahupun Sunat baginya menampalkan pada akhir sholatnya dengan Sujud Sahwi, tetapi bathal akan sholatnya jika ia dilakukan perbuatan tersebut, memakan dengan sengaja walaupun bilangannya hanyalah sedikit.

II      Berkata-kata dengan sedikit kerana lupa ketika didalam sholat.

  • Berkata-kata dengan sedikit, seperti menyahut kepada panggilan seseorang dengan berkata ia kepada ‘Ya’ atau sebagainya, kerana lupa.  

  • Berkata ia kepada bacaan Tahmid, seperti ‘Alhamdulillah’ pada bersinnya kerana lupa, ataupun berkata ia kepada bacaan ‘Yarhamukallah’ kepada bersin seseorang muslim yang berdekatan dengannya kerana lupa.

  • Berkata ia kepada menjawab salam, ‘Wa`alaikumsalam’ kepada salam seorang muslim yang berdekatan kerana lupa.

 

B.    Pergerakkan yang melebih didalam sholat kerana lupa  

I      Pergerakkan anggota besar yang melebihi didalam sholat kerana lupa.

  • F     Menggerakkan anggota besar, iaitu tangan dan lengannya, ketika mengaru kepada sesuatu tempat kerana lupa.

  • F     Menghayongkan kedua-dua tangan dengan melebihi tiga kali pergerakkan pada i`itidhal kerana lupa.

o       Adapun perbuatan seperti berpaling muka kekanan atau kekiri, sama ada untuk melihat kepada sesuatu perkara ataupun bagi menyahut panggilan seseorang, dengan lupa, ataupun melangkah bagi mendapatkan saff yang sempurna dengan tiada melebihi tiga kali pergerakkan, tiada ia membathalkan sholat dan tiada sunat ditampal dengan Sujud Sahwi pada akhir sholatnya, walaupun dilakukan dengan sengaja.

 

C.     Menambahi Rukun Fitli didalam sholat dengan lupa

I      Menambahi Rukun Fitli, seperti ruku` dan sujud, didalam sholat kerana lupa.

  • Menambahi bilangan ruku` bagi satu raka`at kerana lupa, seperti kembali kepada kedudukan ruku` daripada i`itidhal, iaitu melakukan ruku` yang kedua, kerana lupa baginya yang dia telah ruku` terlebih dahulu.

  • Menambahi bilangan sujud bagi satu raka`at kerana lupa, seperti kembali ia kepada mengerjakan sujud daripada duduk istirehatnya, iaitu pada melakukan sujud yang kali ketiga kerana lupa kepada dia yang dia telah sujud sebanyak dua kali terlebih dahulu daripada itu.

 

D.    Memanjangkan kedudukan rukun yang pendek didalam sholat kerana lupa

I      Memanjangkan kedudukan rukun yang pendek, seperti i`itidhal dan duduk antara dua sujud didalam sholat kerana lupanya.

  • Memanjangkan keadaan dan kedudukan i`itidhal lebih daripada yang dikadarkan untuk ia membaca do`a bagi i`itidhalnya kerana lupa, melainkan jika ia memanjangkan akan i`itidhalnya untuk membaca Do’a Qunut bagi Fardhu Subuh atau Sunnat Witir pada malam enambelas Ramadhan hingga akhirnya.

  • Memanjangkan keadaan dan kedudukan duduk antara dua sujud, dengan melebihi daripada kadar bacaan do`a yang termaklum baginya ketika duduk antara dua sujud, kerana lupa.

 

E.    Menambahi bilangan raka`at didalam sholat kerana lupa

I      Menambahi bilangan raka`at didalam sholat kerana lupa baginya akan bilangan yang sebenarnya.

  • Menambahi akan dia bilangan raka`at didalam sesuatu sholat fardhu, seperti mengerjakan akan dia kepada raka`at yang kelima bagi Fardhu Zohor, `Asar atau Isya`, atau raka`at yang keempat bagi Fadhu Maghrib, atau raka’at yang ketiga bagi Fardhu Subuh, kerana lupa.

  • Menambahi akan dia kepada bilangan raka`at didalam sesuatu sholat sunnat, iaitu kepada bilangan raka`at yang ketiga bagi sholat sunnat itu, kerana lupa baginya akan bilangan raka`at yang sebenarnya.


3)                   Membaca Rukun Qauli, melainkan Takbiratul Ihram dan Salam yang pertama, atau bacaan bagi Sunat Ab`ad pada kedudukan yang lain selain daripada kedudukan sebenarnya.

A.    Permindahan bacaan Rukun Qauli, atau bacaan Sunat Ab`ad yang memerlukan kepada ditampalnya Sujud Sahwi pada akhir sholatnya.

I      Pada bacaan Al-Fatihah

  • Membaca Al-Fatihah selain daripada kedudukannya, iaitu ketika berdiri, seperti membaca Al-Fatihah ketika didalam ruku`, i`itidhal, sujud, ataupun ketika duduk antara dua sujud, iftirash, duduk istirehat, atau duduk tawaru`.

II      Pada bacaan Qunut

  • Membaca Qunut selain daripada kedudukannya, iaitu ketika berdiri, seperti membaca Qunut ketika didalam ruku`, sujud, ataupun ketika duduk antara dua sujud, iftirash, duduk istirehat, atau duduk tawaru`.

III      Pada bacaan Tahiyat Akhir

  • Membaca Tahiyat Akhir selain daripada kedudukannya, iaitu ketika duduk, seperti membaca Tahiyat Akhir ketika didalam ruku`, i`itidhal, sujud, ataupun ketika duduk antara dua sujud, i`tirash atau duduk istirehat.

IV      Pada bacaan Selawat atas Nabi s.a.w. pada Tahiyat Akhir

  • Membaca Selawat atas Nabi s.a.w. selain daripada kedudukannya, iaitu ketika duduk pada akhir bacaan Tahiyat Akhir, seperti membaca Selawat ketika didalam ruku`, i`itidhal, sujud, ataupun ketika duduk antara dua sujud, i`tirash atau duduk istirehat.

o       Adapun membca surah pada kedudukan yang salah, selain daripada kedudukannya, iaitu ketika berdiri, seperti dibaca olehnya akan surah pada ketika didalam ruku`, i`itidhal, sujud, ataupun ketika duduk antara dua sujud, iftirash, duduk istirehat, atau duduk tawaru` sunat bagi ia menampak Sujud Sahwi diakhir sholatnya.

B.    Permindahan bacaan Rukun Qauli, atau bacaan Sunat Ab`ad yang tiada diperlukan Sujud Sahwi  

I      Pada bacaan Al-Fatihah

  • Membaca Al-Fatihah kemudian daripada bacaan surah, iaitu dibaca olehnya akan bacaan surah terdahulu daripada Al-Fatihah.

II      Pada bacaan Qunut

  • Membaca Qunut terlebih dahulu daripada bacaan Al-Fatihah dan surah, iaitu dibaca olehnya akan bacaan Qunut terdahulu daripada Al-Fatihah dan surah.

III      Pada bacaan Tahiyat

  • Dibaca olehnya Selawat terdahulu daripada bacaan Tahiyat. Iaiitu seprti dibaca akan dia Selawat atas Nabi s.a.w. dahulu daripada bacaan Tahiyat Awal, atau dibaca olehnya akan bacaan Selawat atas Nabi s.a.w. atau Salam keatas keluarga Nabi s.a.w. terlebih dahulu daripada bacaan Tahiyat Akhir.

o       Adapun permindahan bacaan pada Sunat Hai`ad tiada perlu bagi ia ditampal dengan Sujud Sahwi mengikut Syeikh Ramli & Ibnu Hajar.

 

C.    Permindahan bacaan Rukun Quali yang membathalkan sholat

I      Pada bacaan Takbiratul Ihram

  • Bathal bagi sholat seseorang jika dipindahkan olehnya akan bacaan Takbiratul Ihram selain daripada kedudukannya, iaitu ketika dalam keadaan qiam, seperti dipindahkan olehnya akan bacaan Takbiratul Ihram pada rukun yang lain, seperti didalam keadaan ruku`, i`itidhal, sujud, ataupun ketika duduk antara dua sujud, iftirash, duduk istirehat, atau duduk tawaru`.

II      Pada bacaan Salam yang pertama

  • Bathal bagi sholat seseorang jika dipindahkan olehnya akan bacaan Salam selain daripada kedudukannya, iaitu ketika duduk pada akhir bacaan Tahiyat Akhir atau pada akhir dikerjakan olehya akan Sujud Sahwi, seperti dipindahkan olehnya akan bacaan Salam itu pada rukun yang lain, seperti didalam keadaan ruku`, i`itidhal, sujud, ataupun ketika duduk antara dua sujud, iftirash, atau duduk istirehat.


4)                   Perasaan syak pada melakukan sesuatu Ab`ad daripada segala Sunat Ab`ad.

A.    Syak bagi dia diatas meninggalkan bacaan Qunut.

I      Jika syak bagi seseorang akan ia sama ada dia sudah melakukan bacaan Qunut ataupun belum.

  • Syak bagi dia akan meninggalkan bacaan Qunut pada Fardhu Subuh, atau Sunnat Witir pada malam enambelas Ramadhan hingga akhirnya.

  • Syak bagi dia akan meninggalkan beberapa potong ayat daripada bacaan Qunut, seperti syak bagi ia meninggalkan bacaan ‘Wabaarik lii Fiimaa A’thoit’ atau sebagainya, pada Fardhu Subuh, atau Sunnat Witir pada malam enambelas Ramadhan hingga akhirnya.

II      Syak bagi dia akan meninggalkan bacaan Selawat atau Salam ke atas Nabi s.a.w. dan ahli keluarganya pada akhir bacaan Qunut.

  • Syak bagi dia akan meninggalkan bacaan Selawat dan Salam keatas Nabi s.a.w. dan ahli kelaurganya pada akhir bacaan Qunut;

  • Syak bagi dia akan meninggalkan bacaan Selawat keatas Nabi s.a.w. pada akhir Qunut;

  • Syak bagi dia akan meninggalkan bacaan Salam keatas keluarga Nabi pada akhir Qunut.

III      Syak bagi dia akan membaca bacaan Qunut pada kedudukan yang salah, iaitu selain daripada dalam keadaan berdiri pada raka`at kedua Fardhu Subuh atau Sunnat Witir pada malam enambelas Ramadhan hingga akhirnya.

  • Syak bagi dia sama ada dia telah membaca Qunut didalam keadaan ruku`, sujud, ataupun ketika duduk antara dua sujud, iftirash, istireahat atau duduk tawaru`.

 

D.    Syak bagi dia diatas meninggalkan bacaan Tahiyat Awal.

I      Jika syak bagi seseorang akan ia sama ada dia sudah melakukan bacaan Tahiyat Awal ataupun belum.

  • Syak bagi dia akan meninggalkan bacaan Tahiyat Awal.

  • Syak bagi dia akan meninggalkan beberapa potong ayat daripada bacaan Tahiyat Awal, seperti syak bagi ia meninggalkan bacaan ‘`Alainaa wa`alaa `Ibadillahi Sholihin’ atau sebagainya.

II      Syak bagi dia akan meninggalkan bacaan Selawat ke atas Nabi s.a.w. pada akhir bacaan Tahiyat Awal.

III      Syak bagi dia akan membaca bacaan Tahiyat Awal pada kedudukan yang salah

  • Syak bagi dia diatas membaca bacaan Tahiyat Awal pada dalam keadaan berdiri, i`itidhal, ruku` atau sujud.

 

            E.    Syak bagi dia diatas meninggalkan bacaan Selawat dan Salam ke atas ahli keluarga Nabi s.a.w. pada Tahiyat Akhir.

I      Syak bagi dia akan meninggalkan bacaan Selawat dan Salam ke atas ahli keluarga Nabi s.a.w. pada akhir bacaan Tahiyat Akhir.

  • Syak bagi dia akan meninggalkan bacaan Salam keatas keluarga Nabi pada akhir bacaan Tahiyat Akhir.

II      Syak bagi dia akan membaca bacaan Tahiyat Akhir pada kedudukan yang salah

  • Syak bagi dia diatas membaca bacaan Tahiyat Akhir pada dalam keadaan berdiri, i`itidhal, ruku` atau sujud.

 

F.    Syak bagi dia diatas mengerjakan Sujud Sahwi.

I      Syak bagi seseorang itu sama ada dia telah mengerjakan Sujud Sahwi ataupun belum;

II      Syak bagi seseorang diatas bilangan sujud yang telah dilakukan pada Sujud Sahwi, iaitu sama ada dia telah sujud sebanyak sekali atau dua kali;

  • Bagi kedua-dua kejadian yang disebut, hendaklah bagi ia melakukan Sujud Sahwi sekali lagi, iaitu kembali melakukan dua kali sujud, kerana pada asal ketiadaan sujud yang dahulu itu.

o       Adapun syak sama ada ia sama ada dia telah mengerjakan perbuatan yang ditegahkan yang dijabarkan dengan sujud sahwi, seperti syak bagi dia sama ada dia telah berkata-kata dengan sedikit atau makan dengan sedikit, dengan lupa, maka tiada sunat bagi dia menambahi sholatnya dengan sujud sahwi kerana pada asal ketiadaan baginya mengerjakan perbuatan itu. 

 

G.    Syak bagi dia diatas meninggalkan sesuatu rukun atau diatas bilangan raka`at yang telah dikerjakan.

I      Syak bagi seseorang itu sama ada dia telah meninggalkan sesuatu bacaan Al-Fatihah, rukun, seperti ruku`, i`itidhal, sujud atau duduk antara dua sujud, iftirash.

  • Jika syak bagi seseorang itu bagi meninggalkan sesuatu rukun seperti yang telah disebut, maka hendaklah bagi dia menambahi seraka`at bagi menampal akan kecacatan diatas meninggalkan rukun tersebut, bagi sunat bagi dia melakukan Sujud Sahwi pada sholat itu, iaitu sebelum Salamnya.

 

H.    Syak bagi dia diatas bilangan raka`at yang telah dikerjakan.

I      Syak bagi seseorang itu diatas bilangan raka`at yang telah dikerjakan.

  • Jika syak bagi seseorang itu diatas bilangan raka`at, seperti sama ada dia telah melakukan tiga atau empat raka`at bagi Fardhu Zohor, `Asar atau Isya`, atau sebagainya, hendaklah bagi dia mengambil bilangan yang sedikit, iaitu pada tiga raka`at, dan ditambahi seraka`at untuk menampal akan syaknya itu, dan sunat baginya menambahi Sujud Sahwi sebelum Salamnya.

§         Sunat juga baginya melakukan Sujud Sahwi, jika syaknya itu hilang sama sekali sebelum Salamnya. 

II      Jika syak akan dia akan bilangan raka`at pada ketika ia sedang sujud, duduk antara dua sujud, iftirash atau duduk istirehat.

  • Syak bagi seseorang seperti jika didalam sholat empat raka`at, syak bagi dia akan bilangan raka`atnya sedang ia sujud, duduk antara dua sujud, iftirash atau duduk istirehat bagi raka`at yang ketiga, sama ada ianya adalah raka`at yang ketiga atau keempat, dan kemudiannya yakin bagi dia yang itu adalah raka`at yang ketiga dan hilang syaknya sama sekali sebelum dia kembali kepada qiam, iaitu kepada raka`at seterusnya, maka tiadalah sunat bagi dia mengerjakan akan Sujud Sahwi

§         Jika hilang bagi dia akan syaknya itu, iaitu yakin bagi dia yang dia telah kepada raka`at yang keempat, pada ketika dia telah qiam atau hampir kepada qiam, maka hendaklah baginya meyempurnakan sholatnya dengan mengambil akan raka`at itu sebagai raka`at yang keempat, dan sunat baginya melakukan Sujud Sahwi bagi menampalkan akan syaknya itu.

  • Jika syak akan dia akan bilangan raka`atnya itu pada raka`at yang keempat, iaitu pada ketika dia sedang sujud, duduk antara dua sujud, iftirash atau istirehat bagi raka`at tersebut, kemudian ditambahnya dengan satu raka`at bagi menampal akan syaknya, tetapi jika hilang syaknya dan yakin bagi dia yang raka`at yang ditambahinya itu adalah raka`at yang kelima maka wajib bagi dia terus kembali kepada keadaan duduk, terus kepada membaca bacaan Tahiyat Akhir dan Sujud Sahwi sebelum Salamnya.

 

I.     Syak bagi dia diatas genap atau kurang bilangan raka`at pada sholatnya

I      Syak bagi seseorang sama ada telah genap atau kurang akan bilangan raka`at didalam sholatnya, maka wajib baginya mengambil bilangan yang kurang, dan wajib menambahi bilangan seraka`at dan suant Sujud Sahwi.

  • Jika syak akan seseorang diatas genap atau kurang pada bilangan raka`at sholatnya, tiada harus baginya ketika itu untuk mengikut akan zhannya pada syak akan genap atau kekurangan raka`at itu, dan tiada harus baginya juga untuk menurut akan apa yang disampaikan oleh orang yang berdekatan dengannya, mahupun akan perbuatan orang yang bedekatan dengannya, pada genapnya atau kurangnya bilangan raka`at itu, walaupun bilangan orang itu ramai sekalipun.  

  • Adapun jika ramainya bilangan orang telah sampai kepada bilangan yang tawatir, dan jika hasil pengetahuan yang dhoruri (pasti) akan genapnya atau kurangnya bilangan raka`at itu, maka ketika itu hendaklah bagi dia mengikutkan apa yang telah disampaikan orang kepadanya atau baginya itu mengikut akan perbuatan orang ramai ketika itu, dan sunat baginya Sujud Sahwi pada sholat itu.

 

J.    Lupa pada bacaan Tayihat Awal bagi Imam, Munfarid dan Makmum 

I      Jika lupa akan Imam atau Munfarid pada membaca Tahiyat Awal dan telah sampai ia kepada qiamnya, maka tiada harus bagi kedua-duanya itu kembali duduk bagi mengerjakan Tahiyat itu, kerana tiada harus bagi kedua-duanya itu meninggalkan yang rukun, iaitu qiamnya, untuk kembali kepada yang sunat, iaitu Tahiyat Awal yang ditinggalkannya.

  • Jika kembali kepada keadaan duduk bagi membaca Tahiyat Awal bagi kedua-dua itu dengan sengaja dan tahu akan haramnya, maka bathallah akan sholat kedua-duanya itu.

  • Jika kembali kepada keadaan duduk bagi membaca Tahiyat Awal bagi kedua-dua yang disebutkan itu, kerana lupa atau jahilnya, maka tiadalah bathal akan sholatnya itu, tetepa wajib bagi kedua-duanya itu kembali kepada qiam jika kembali kepada ingatan atau pengetahuannya akan haramnya perbuatan itu, dan disunatkan bagi kedua-dua itu melakukan Sujud Sahwi sebelum Salamnya.

II      Harus bagi Makmum mengikuti akan imamnya yang terus berdiri kepada qiam, jika Imam meninggalkan Tahiyat Awal, kerana kewajiban kepada mengikut imam, dan bathal akan sholat makmum jika dia tiada menurut akan imamnya kepada qiam untuk membaca Tahiyat Awal, jika datang kepada pengetahuan Makmum akan haramnya, atau jika disengajakan.

II      Jika telah kembali Imam kepada duduk untuk membaca Tahiyat Awal setelah qiamnya, maka tiada harus bagi Mamkum untuk mengikuti akan imamnya itu, kerana kembalinya akan Imam itu kepada duduk bagi membaca Tahiyat Awal adakalanya dengan disengajakan. Maka bathal sholat Makmum jika ia mengikuti akan imamnya itu kembali kepada duduk untuk membaca Tahiyat Awal. Hendaklah bagi Makmum dalam keadaan yang sedemikian berniat Mufarakah, atau menanti Imamnya untuk kembali kepada qiam, jika yakin kepada Makmum yang imamnya telah kembali kepada duduk itu kerana lupa akan haramnya. Adapun berniat Mufaraqah adalah yang afdhal.

III      Jika telah berdiri kepada qiam akan Makmum kerana lupa, sedangkan imamnya masih lagi duduk bagi membaca Tahiyat Awal, maka wajib bagi Makmum kembali kepada kedudukan yang sebelumnya, iaitu kembali duduk untuk membaca Tahiyat Awal, kerana bathal akan sholat Makmum itu jika ia tiada kembali duduk mengikuti imamnya kepada membaca Tahiyat Awal jika disengajakan lagi tahu akan dia akan haramnya. 

IV      Jika telah ditinggalkan akan Tahiyat Awal bagi Imam atau Munfarid dengan lupa, dan ingat akan kedua-duanya itu akan Tahiyat itu terlebih dahulu daripada berdiri betul, qiam, iaitu ketika dalam keadaan bersamaan hampir kepada duduk, maka sunat bagi kedua-duanya itu kembali duduk dan membaca akan Tahiyat Awal itu, kerana belum masuk bagi kedua-duanya itu kepada rukun seterusnya, iaitu qiam.

  • Sunat bagi kedua-dua itu Sujud Sahwi jika permulaan bagi kembalinya kepada duduk untuk membaca Tahiyat Awal itu berhampiran kepada duduk atau sama hampirnya kepada duduk dan berdiri.

V      Jika ditinggalkan akan Imam atau Munfarid akan Tahiyat Awal dengan sengaja, dan kemudian kembali kepada duduk untuk membaca Tahiyat itu daripada qiamnya dengan sengaja lagi tahu akan haramnya, maka bathallah sholat bagi kedua-duanya itu.

  • Tetapi jika bagi kedua-dua yang disebut itu kembali kepada duduk bagi membaca Tahiyat Awal dari permulaan yang hampir kepada duduk atau berdiri, atau berhampiran samanya antara duduk dan berdiri, maka tiada bathal sholatnya.

VI      Jika dibaca bagi seseorang itu akan Tahiyat Awal pada kesalahan tempatnya, iaitu bukan pada tempatnya, iaitu pada akhir raka`at kedua, maka wajiblah bagi ia terus kepada qiam dan disunatkan baginya menampalkan Sujud Sahwi pada sholat itu.

  • Adapun jika dipindahkan oleh seseorang itu akan Tahiyat Awal kepada raka`at yang bersalahan itu dengan disengajakan, dan disempurnakan baginya bacaan Tahiyat Awal itu, maka bathallah akan sholatnya itu, jika datang kepadanya akan pengetahuan akan haramnya perbuatannya itu.

 

K.    Lupa pada bacaan Qunut bagi Imam, Munfarid dan Makmum.  

I      Jika lupa akan Imam atau Munfarid pada membaca Qunut dan telah sampai ia kepada sujudnya, maka tiada harus bagi kedua-duanya itu kembali qiam bagi mengerjakan Qunut itu, kerana tiada harus bagi kedua-duanya itu meninggalkan yang rukun, iaitu sujudnya, untuk kembali kepada yang sunat, iaitu Qunut yang ditinggalkannya.

  • Jika kembali kepada keadaan qiam bagi membaca Qunut bagi kedua-dua itu dengan sengaja dan tahu akan haramnya, maka bathallah akan sholatnya itu.

  • Jika kembali kepada keadaan qiam bagi membaca Tahiyat Awal bagi kedua-dua yang disebutkan itu, kerana lupa atau jahilnya, maka tiadalah bathal akan sholatnya itu, tetepa wajib bagi kedua-duanya itu kembali kepada sujud jika kembali kepada ingatan atau pengetahuannya akan haramnya perbuatan itu, dan disunatkan bagi kedua-dua itu melakukan Sujud Sahwi sebelum Salamnya.

§         Jika kembali kepada ingatannya akan Qunut itu dahulu daripada sujudnya. Maka baginya kembali kepada qiam untuk membaca Qunut itu.

§         Jika datang ingatannya berhampiran baginya kepada had ruku` atau berdiri, atau bersamanya keduanya, maka tiadalah sunat bagi Sujud Sahwi.

II      Jika telah kembali Imam kepada qiam untuk membaca Qunut setelah sujudnya, maka tiada harus bagi Mamkum untuk mengikuti akan imamnya itu, kerana kembalinya akan Imam itu kepada qiam bagi membaca Qunut adakalanya dengan disengajakan. Maka bathal sholat Makmum jika ia mengikuti akan imamnya itu kembali kepada qiam untuk membaca Qunut. Hendaklah bagi Makmum dalam keadaan yang sedemikian berniat Mufarakah, atau menanti Imamnya untuk kembali kepada sujud, jika yakin kepada Makmum yang imamnya telah kembali kepada qiam itu kerana lupa akan haramnya. Adapun berniat Mufaraqah adalah yang afdhal.  

III      Jika telah tunduk kepada sujud akan Makmum kerana lupa, sedangkan imamnya masih lagi berdiri bagi membaca Qunut, maka wajib bagi Makmum kembali kepada kedudukan yang sebelumnya, iaitu kembali berdiri untuk membaca Qunut, kerana bathal akan sholat Makmum itu jika ia tiada kembali berdiri mengikuti imamnya kepada membaca Qunut jika disengajakan lagi tahu akan dia akan haramnya.

IV      Jika ditinggalkan oleh Makmum akan bacaan Qunut kerana sengaja dan terus kepada sujud, maka sunat baginya untuk kembali kepada qiam dan mengikuti imamnya membaca bacaan Qunut

   

L.    Syak pada meninggalkan rukun sholat kemudian daripada Salamnya.

I      Bathal akan sholat seseorang jika syak bagi dia akan meninggalkan rukun sholat, iaitu Niat Takbiratul Ihram.

  • Bathal juga bagi dia akan sholatnya jika syak baginya sama ada dia telah berniat untuk sholat ‘fardhu’ atau ‘sunnat’, atau sama ada ia sholat atau tidak, iaitu syak ia pada mengerjakan akan ‘qasad dan ta`arud’ yang terkandung bagi Niat Takbiratul Ihram.

§         Tiada bathal bagi sholat seseorang jikalau syak akan dia sama ada dia telah berniat ‘jemaah’ ataupun tidak, melainkan bagi Fardhu Juma`at.

 

M.    Sujud Sahwi yang dituntut bagi Makmum.

I      Sunat bagi Makmum melakukan Sujud Sahwi pada keadaan yang berikut ini:-

  • Sunat bagi Makmum melakukan Sujud Sahwi pada akhir Salam imamnya, jika terlupa bagi Imam itu untuk melakukan akan Sujud Sahwi diatas kesilapan yang dilakukannya di dalam sholat itu;

  • Sunat bagi Makmum melakukan Sujud Sahwi pada akhir salamnya jika telah terlebih dahulu berhadas akan Imam yang diikutinya sebelum imamnya dapat meyempurnakan sholatnya terlebih dahulu;

  • Sunat bagi Makmum, sama ada Makmum Muwafiq atau Masbuq melakukan Sujud Sahwi, bersama-sama dengan imamnya walaupun tiada datang kepada pengetahuan Makmum akan kesalahan Imam.

  • Tiada harus bagi Makmum melakukan Sujud Sahwi bersama dengan Imam jika telah datang pengetahuan dengan yakin bagi Makmum akan kesalahan Imam itu, iaitu kesalahan yang tiada memerlukan akan Sujud Sahwi, seperti tertinggalnya akan Imam itu membaca Surah pada sesuatu raka`at.

  • Jika diikuti akan Makmum akan Imam yang melakukan Sujud Sahwi, kemudian datang kepada pengetahuan Makmum akan kesalahan Imam didalam sujud itu, seperti telah sujud buat kali ketika bagi Sujud Sahwi yang dua kali sujud, maka hendaklah bagi Makmum itu kembali kepada keadaaan duduk, sama ada berniat Mufaraqah, ataupun menanti akan Salam imamnya didalam keadaan duduk, dan kemudiannya melakukan Sujud Sahwi bagi si Makmum itu selepas Salam Imamnya. Adapun berniat Mufaraqah adalah yang afdhal.

  • Jika lupa akan Makmum kepada sesuatu rukun, hendaklah baginya kembali kepada menambah seraka`at untuk meyempurnakan rukun itu selepas daripada Salam imamnya, dan janganlah baginya melakukan Sujud Sahwi, sama ada datang kepadanya akan ingatannya terlebih dahulu daripada Salam imamnya atau pun selepas dariapda Salam imamnya, kerana telah ditanggung baginya akan lupanya itu oleh Imam.

§         Hendaklah bagi Makmum yang Masbuq itu kembali meyempurnakan sholatnya selepas Salam Imamnya kerana jika dilakukan dengan sengaja dan tahu akan haramnya, nescaya bathal sholatnya.

§         Adapun jika telah kembali kepada qiam bagi Makmum yang Masbuq, hendaklah baginya kembali kepada duduk dan menanti akan Salam imamnya itu sebelum ia kembali untuk meyempurnakan sholatnya itu.

  • Jika syak akan Makmum Masbuq kepada sesuatu rukun, hendaklah baginya kembali kepada menambah seraka`at untuk meyempurnakan rukun itu selepas daripada Salam imamnya, dan sunat baginya melakukan Sujud Sahwi, jika telah datang kepadanya akan ingatannya selepas Salam imamnya, kerana tiada ditanggung baginya akan lupanya itu oleh Imam.

  • Juga suant bagi Makmum Masbuq bersama-sama mengikuti Imam melakukan Sujud Sahwi jika telah terlebih dahulu Imam melakukan kesalahan, walaupun tanpa pengetahuan Makmum Masbuq, dan kembali Makmum Masbuq kepada meyempurnakan sholatnya selepas Salam imamnya, dan di tambahi lagi Sujud Sahwi bagi Makmum Masbuq sebelum Salamnya, kerana asal ketiadaaan Sujud Sahwi yang terlebih dahulu itu.


Allahu'alam.

Islamiah | Musafir Ikhlas` | Sastera Melayu