Make your own free website on Tripod.com

Assalammua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh ... Jazakallah

Penerangan I'tiqad

Istilah-Istilah I'tiqad 

    Dalam memahami soal-soal I'tiqad (kepercayaan) dalam Islam, lebih baik terdahulu dimaklumi istilah-istilah yang terpakai dalam lingkungan ini. Ushuluddin ertinya Pokok Agama. Ilmu Ushuluddin itu ertinya Ilmu Pokok-Pokok Agama.

    Didalam Ilmu Ushuluddin, dibicarakan soal-soal I'tiqad yang menjadi pokok bagi Agama, yaitu:

a.    Kepercayaan (i'tiqad) yang bertalian dengan Ketuhanan (Illahiyat).
b.    Kepercayaan yang bertalian dengan Kenabian (Nubuwaat).
c.    Kepercayaan yang bertalian dengan soal-soal yang Ghaib.
d.    Dan lain-lain soal kepercayaan.

    Ilmu Ushuluddin kadang-kadang dinamai Ilmu Kalam, yaitu Kalam Allah, kerana dalam ilmu ini banyak dibicarakan Sifat-Sifat Allah, diantaranya Sifat Kalam. (sila lihat Sifat 20).

    Ulama-ulama dan ahli-ahli Ilmu Kalam dinamakan Mutakallimun atau Mutakallimin. Ada juga orang yang menamai Ilmu ini dengan Ilmu Tauhid, yaitu Ilmu Ke-Esaan Allah, kerana banyak dibicarakan dalam Ilmu ini tentang Ke-Esaan Allah (Sifat Wahdaniyah). Ada juga yang menamainya dengan Ilmu 'Aqaid, yaitu Ilmu I'tiqad kerana yang banyak dibicarakan dalam Ilmu ini ialah soal-soal I'itiqad (kepercayaan). Ada orang-orang juga yang menamainya dengan nama Ilmu Sifat 20, kerana didalam Ilmu ini ada dibicarakan Sifat yang Wajib bagi Allah.


Erti AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH

    Erti AHLUSSUNNAH ialah Penganut Sunnah Nabi s.a.w. Erti WAL JAMA'AH ialah Penganut I'tiqad sebagai I'tiqad Jama'ah sahabat-sahabat Nabi s.a.w. Kaum AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH ialah kaum yang menganut I'tiqad sebagai I'tiqad yang dianut oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan Sahabat-sahabat Baginda. 

    I'tiqad Nabi dan Sahabat-sahabat itu telah termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul secara terpancar-pancar, belum tersusun secara rapi dan teratur, tetapi kemudian dikumpulkan dan dirumuskan rapi oleh seorang Ulama Ushuluddin yang besar, Sheikh Abu Hassan 'Ali al Asy'ari (lahir di Basrah tahun 260H, dan wafat di Basrah juga tahun 324H, dalam usia 64 tahun).

    Kerana itu ada orang yang memberi nama kepada Kaum AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH dengan kaum 'Asya'riah, jama' dari Asy'ari, dikaitkan kepada Imam Abu Hassan 'Ali al Asy'ari.

    Dalam kitab-kitab Ushuluddin biasa juga dijumpai perkataan 'Sunny' kependekan AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH, orang-orangnya dinamai 'Sunniyun'.

    Tersebut dalam kitab 'Ihtihaf Sadatul Muttaqin' karangan Imam Muhammad bin Muhammad al Husni az Zabidi, yaitu kitab syarah dari kitab 'Ihya Ushuluddin' karangan Imam Ghazali, pada jilid II, paginda (muka surat) 6, begini:

"Apabila disebut kaum ALHUSSUNNAH WAL JAMA'AH, maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan fahaman Asy'ari dan fahaman Abu Mansur al mathuridi."

    Abu Mansur al Mathuridi adalah seorang Ulama Ushuluddin juga, yang faham dan I'tiqadnya sama atau hampir sama dengan Abu Hassan 'Ali Asy'ari. Beliau wafat di sebuah desa bernama Mathuridi Samarqand, di Asia Tengah pada tahun 333H, terkemudian 9 tahun dari Imam Abu Hassan 'Ali Asy'ari.


Firqah-firqah dalam Islam

    Dalam sejarah Islam telah tercatat adanya firqah-firqah (golongan) di lingkungan umat Islam, yang antara satu sama lain bertentangan secara tajam yang sulit untuk diperdamaikan, apa lagi untuk dipersatukan.

    Hal ini sudah menjadi fakta dalam sejarah yang tidak bisa dirobah lagi, dan sudah menjadi pengetahuan yang termaktub dalam kitab-kitab agama, terutama dalam kitab-kitab Ushuluddin.

    Barangsiapa yang membaca kitab-kitab Ushuluddin akan menjumpai di dalamnya perkataan-perkataan Syi'ah, Khawarij, Mu'tazilah, Qadariyah, Jabariah, Ahlussunnah Wal Jama'ah, Mujassimah, Bahaiyah, Ahmadiyah, Wahabiyah dan lain-lain sebagainya.

    Umat Islam, khususnya yang berpengetahuan agama tidak heran melihat dan membaca hal ini, kerana Nabi Muhammad s.a.w. sudah juga mengabarkan pada masa hidup beliau.

    Banyak terdapat Hadith-hadith yang bertalian dengan akan adanya firqah-firqah yang berselisihan faham dalam lingkungan umat Islam. Di antara Hadith-hadith itu adalah:

1.    Bersabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Maka bahawasanya siapa yang hidup (lama) di antaramu nescaya akan melihat perselisihan (faham) yang banyak. Ketika itu pegang teguhlah Sunnahku dan Sunnah Khalifah Rasyidin yang diberi hidayah. Pegang teguhlah itu dan gigitlah dengan gerahammu."

Hadith riwayat Imam Abu Daud dll. Lihat Sunan Abu Daud juzu' IV, paginda 201.

    Tujuan Hadith ini terang, bahwa akan ada perselisihan-perselisihan faham dalam lingkungan umat Islam, dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh umat Islam ketika melihat perselisihan-perselisihan ini supaya berpegang teguh dengan Sunnah Nabi dan Sunnah Khalifah Rasyidin (Saidina-saidina Abu Bakar, Umar, Uthsman dan 'Ali Rda.).               

2.    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:                

"Akan ada di lingkungan umatku 30 orang pembohong yang menda'wakan bahawa ia nabi. Saya adalah Nabi penutup, tidak ada lagi nabi sesudahku."

Hadith riwayat Tirmidzi. Lihat Sahih Tarmidzi juzu' 9 paginda 63.

3.    Bersabda Nabi Muhammad s.a.w. :

 "Akan keluar suatu kaum akhir zaman, orang-orang muda berfaham jelek. Mereka banyak mengucapkan perkataan "Khairil Bariyah" (Maksudnya firman-firman Allah yang dibawa oleh Nabi). Iman mereka tidak melampaui kerongkongan mereka. Mereka kelaur dari agama sebagai meluncurnya anak panah dari busurnya. Kalau orang-orang ini berjumpa dengan mu lawanlah mereka." 

Hadith riwayat Imam Bukhari. LIhat Fathul Bari juzu' XV, paginda 315.

    Terang akan Hadith ini bahawa akan ada - menurut Nabi s.a.w. - sekumpulan orang-orang muda yang sok aksi mengeluarkan fatwa-fatwa agama berdasar Quran dan Hadith, tetapi keimanan mereka tipis sekali dan bahkan keimanannya keluar dari dirinya secepat keluarnya anak panah dari busurnya. Maksudnya ialah bahawa mereka banyak ngomong Hadith-hadith dan Quran, tetapi mereka tidak beragama, tidak sembayang, tidak puasa dan tidak menjalankan tuntutan agama.               

4.    Bersabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Ada dua firqah dari umatku yang pad hakikatnyamereka tidak sangkut paut dengan Islam, yaitu kaum Murjiah   dan kaum Qadariyah"  

Hadith riwayat Imam Tarmidzi, Lihat Sahih Tarmidzi, juzu' VIII paginda 316.

    Kaum Murjiah dan Qadariyah tak ada hubungannya dengan Islam, sabda Nabi s.a.w. Na'udzubillah!               

5.    Dan sabda Nabi:

"Dari Hudzaifah Rda., beliau berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w. :Bagi tiap-tiap umat ada majusinya, dan  majusi umat saya ialah orang yang mengigkari takdir. Kalau mereka mati jangan hadiri pemakamannya dan kalau mereka sakit jangan jenguk. Mereka adalah kelompok dajal. Memang Tuhan berhak untuk memasukkan mereka ke kelompok dajal."

  H.R Abu Daud, Sunan Abu Daud juz IV hal. 222.

6.    Tersebut dalam kitab hadith bergini:

"Dan Abi Hurairah Rda. beliau berkata, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Telah berfirqah-firqah orang Yahudi atas 71 firqah dan orang Nashara seperti itu pula dan akan berfirqah umatku atas 73 firqah." 

Hadist riwarat Imam Tarmidzi. Lihat Sahih Tamidzi juzu' X, paginda 109

7.    Nabi bersabda:

"Bahawasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk nereka keluali satu."
Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya:"Siapakah yang satu itu Ya Rasullullah?"
Nabi menjawab:"Yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri'tiqad) sebagai peganganku (I'tiqadku) dan  pegangan sahabat-sahabatku."

Hadith riwayat Imam Tarmidzi. Lihat Sahih Tarmidzi juzu' X, paginda 109

8.    Tersebut dalam kitab Thabrani, bahawa Nabi bersabda:

"Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tanganNya, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah; yang satu masuk Syurga dan yang lain masuk neraka." 
Bertanya para sahabat:"Siapakah firqah (yang tidak masuk neraka) itu Ya Rasulullah?"
Nabi menjawab:"Ahlussunnah wal jama'ah".  

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Thabrani.

9.    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Akan ada segolongan dari umatku yang tetap atas kebenaran sampai Hari Qiamat dan mereka tetap atas kebenaran itu."  

Hadith Sahih riwayat Imam Bukhari, lihat Fathul Bari juzu' XVII, paginda 56.

Melihat Hadith-hadith yang sahih ini dapat diambil kesimpulan:       

1.    Nabi Muhammad s.a.w. mengabarkan sesuatu yang kan terjadi dalam lingkungan umat Islam secara Mu'jizat, yaitu mengabarkan hal-hal yang akan terjadi. Khabar ini tentu diterima beliau dari Allah.       

2.    Sesudah Nabi s.a.w. wafat, akan ada perselisihan faham yang banyak, sampai 73 faham (I'tiqad).       

3.    Ada segolongan orang-orang muda akhir zaman yang sok aksi menggeluarkan dahlil-dahlil dari Al-Quran, tetapi keimanan mereka tidak meliwati kerongkongannya.       

4.    Ada dua golongan yang tidak sangkut paut dengan Islam, yaitu kaum Murjiah dan Qadariyah.      

 5.    Ada 30 orang pembohong yang akan menda'wakan bahawa ia nabi, padahal tiada nabi sesudah Nabi Muhammad s.a.w. Dan ada orang-orang Khawarij yang paling jahat.       

6.    Diantara yang 73 golongan (firqah-firqah) itu ada satu yang benar, yaitu golongan kaum Ahlussunnah wal Jama'ah yang selalu berpegang teguh kepada Sunnah Nabi dan Sunnah Khalifah Rasyidin.       

7.    Mereka ini akan selalu mempertahankan kebenaran I'tiqad mereka sampai Hari Qiamat. 

    Dan sekarang, barangsiapa yang meneliti sejarah perkembangan Islam sedari abad-abad pertama, kedua dan ketiga, dan sampailah kepada zaman kita sekarang, apa yang dikatakan oleh nabi Muhammad s.a.w. sudah nyata kebenarannya.

    Tersebut dalam Kitab Bugyatul Mustarsyidin, karangan Mufti Syaikh Sayid Abdurrahman bin Muhammad bin Husein bin Umar, yang dimasyhurkan dengan gelar Ba'Alawi, pada paginda 398, cetakan Mathba'ah Amin Abdul Majid Cairo (1381H), bahawa 72 firqah yang sesat itu berpokok pada 7 firqah, iaitu;       

1.    Kaum Syi'ah.
                    Kaum yang berlebih-lebihan memuja Saidina 'Ali Karamallahu wajhahu. Merekatidak mengakui khalifah-khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthsman, Radhiyallahu'anhum.
Kaum Syi'ah kemudiannya berpecah menjadi 22 aliran.
 
2.    Kaum Khawarij.
                    Kaum yang berlebih-lebihan membenci Saidina 'Ali Karamallahu wajhahu, bahkan ada di antara mereka yang mengkafirkan Saidina 'Ali. Firqah ini berfatwa bahawa orang-orang yang membuat dosa besar menjadi kafir.
Kaum Khawarij kemudiannya berpecah menjadi 20 aliran.
    
3.    Kaum Mu'tazilah.
                Kaum yang berfahaman bahawa Allah tidak mempunyai sifat, bahawa manusia membuat pekerjaannya sendiri, bahawa Allah tidak bisa dilihat dengan mata dalam Syurga, bahawa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara dua tempat, dan mikraj nabi Muhammad s.a.w. hanya dengan roh sahaja.
Kaum Mu'tazilah kemudiannya berpecah kepada 20 aliran.
 
4.    Kaum Murjiah.
                Kaum yang menfatwakan bahawa membuat maksiat (kedurhakaan) tidak memberi mudharat kalau sudah berilman, sebagai keadaanya membuat kebajikan tidak memberi manfaat kalau kafir.
Kaum Murjiah kemudiannya berpecah kepada 5 aliran.
 
5.    Kaum Najariyah.
                Kaum yang menfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk, yakni dijadikan Allah, tetapi mereka berpendapat bahawa sifat Allah tidak ada.
Kaum Najariyah ini berpecah kepada 3 aliran.       
 
6.    Kaum Jabariyah.
                Kaum yang menfatwakan bahawa manusia 'majbur', ertinya tidak berdaya apa-apa. Kasab atau usaha tidak ada sama sekali.
 
7.    Kaum Musyabbihah.
                Kaum yang menfatwakan bahawa ada keserupaan Allah dengan manusia, umpamanya bertangan, berkaki, duduk di kursi, naik tangga, turun tangga dan lain-lain.

Jadi, jumlahnya ialah:

1     Kaum Syi'ah 22 aliran
2     Kaum Khawarij 20 aliran
3     Kaum Mu'tazilah

20 aliran

4     Kaum Murijah 5   aliran
5     Kaum Najariah 3   aliran
6     Kaum Jabariyah 1   aliran
7     Kaum Musyabbihah 1   aliran

Jumlah  

72 aliran
 

    Kalau ditambah dengan 1 aliran lagi dengan faham Ahlussunnah wal Jama'ah, maka cukuplah menjadi 73 firqah, sebagai yang diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi.

    Demikian keterangan dalam Kitab Bugyatul Mustarsyidin.

    Adapun Kaum Qadariyah termasuk dalam golongan Kaum Mu'tazilah, Kaum Bahaiyah dan Ahmadiyah Qad-yan masuk golongan Syi'ah, Kaum Ibnu Taimiyah masuk dalam golongan Kaum Musyabbihah dan Kaum Wahabi termasuk kaum pelaksa dari fahaman Ibnu Taimiyah.  

- petikan dari kitab "I'tiqad Ahlussunnah wal Jama'ah."
- karangan Al-Fadhil Abuya K.H. Siradjuddin 'Abbas, 
- Ulama Besar Indonesia. 
 
Wallahu'alam.

'Fahaman Gerakkan Wahabi'

Sejarah Ringkas:

    Fahaman gerakkan Wahabi telah ditubuhkan oleh Muhammad Bin 'Abdul Wahab. Dilahirkan pada 1115H, disebuah desa bernama "Aniyah" di Nejdi. Beliau wafat pada tahun 1206H bersamaan dengan 1787M dalam usia 91 tahun.

    Semasa itu Hijjaz, yang termasuk Mekah dan Madinah, dikuasai oleh Kerajaan Turki 'Uthmaniyah.

    Muhammad Bin 'Abdul Wahab belajar agama dari bapa beliau seorang Ulama' besar AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH. Muhammad Bin 'Abdul Wahab menamakan penggerakkannya sebagai 'Wahabiyah'. Ini adalah suatu kekeliruan yang besar telah dilakukan oleh Muhammad 'Abdul Wahab, kerana bapa beliau adalah seorang Ulama' AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH, yang bukan berfahaman Wahabiyah.

    Seorang saudara beliau bernama Sulaiman Bin 'Abdul Wahab, seorang Ulama' besar AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH juga tidak menerima dan menentang keras fahaman Wahabi.

    Sewaktu remajanya, Muhammad 'Abdul Wahab, telah pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji dan ke Madinah untuk menziarah maqam Nabi Muhammad s.a.w. Beliau telah datang lagi ke Mekah untuk kali kedua untuk melanjutkan pelajaran beliau, dan menetap di Mekah dan Madinah sebagai pelajar. Di waktu inilah beliau belajar menggunakan kita 'Ibnu Taimiyah*. Dengan mempelajari kitab-kitab ini, beliau telah menjadi seorang yang fanatik kepada fahaman Ibnu Taimiyah, malah melebihi Ibnu Taimiyah sendiri.

*** (Ibnu Taimiyah ialah seorang Ulama besar yang berfahaman Mazhab Hanbali. Tetapi, beliau terpengaruh dengan fahaman kaum Musyabbihah dan Mujassimah, iaitu satu kaum yang mengatakan Allah itu menyerupai manusia, menggunakan tangan, kaki dan mempunyai muka. Fahaman ini juga mengharamkan 'Tawassul dan Istighathah', mengharamkan berpergian kepada maqam-maqam, walaupun maqam Nabi-nabi dan wali-wali Allah. Didalam pelajarannya juga terdapat pelajaran tentang Tuhan diatas dan Tuhan Bersela. Banyak fatwa-fatwa Mazhab Hanbali telah ditambah dan ditampal-tampal oleh Ibnu Taimiyah sehingga menyeleweng dari Mazhab Hanbali yang sebenarnya.)

    Semasa Muhammad bin 'Abdul Wahab di Mahdinah, beliau terperanjat melihat ramai umat Islam yang menziarahi maqam Nabi Muhammad s.a.w. dan kubur Syaidinah Hamzah di Uhud, kubur Siti Khadijah di Mu'ala, mengucapkan "Ya Rasulullah" sambil berDo'a di hadapan maqam Nabi s.a.w., dimana menurut fahaman Ibnu Taimiyah, ini adalah Bida'ah dan Syirik.

    Beliau kemudian membuka pengajiannya didesa 'Aniyah di Nedji dan langsung memfatwakan bahawa menziarahi maqam Nabi adalah maksiat. Tetapi, penduduk desa beliau tidak menerima fatwa beliau, lalu Penguasa desa itu 'Uthman Bin Hamad Bin Ma'mar menghalau beliau daripada desa itu. Beliau kemudiannya melarikan diri sehingga sampai ke negeri Iraq. Di Basrah, Iraq, beliau cuba mengeluarkan fatwa-fatwa yang ganjil dan menyeleweng. Tetapi beliau juga dihalau. Bahkan kemana sahaja beliau pergi untuk mengajar fahamannya itu, beliau dihalau.

    Abang beliau, Sulaiman Bin 'Abdul Wahab, telah mengarang sebuah kitab yang bertajuk "As-Sawaqul Muhriqah Firraddi Alal Wahabiyah" (Petir Yang Membakar Untuk Menolak Fahaman Wahabi). Kitab khas untuk menolak fatwa-fatwa fahaman Wahabi dari Muhammad 'Abdul Wahab.

Fahaman Wahabi Berkembang.

    Muhammad 'Abdul Wahab telah melarikan diri hingga kesebuah negeri yang bernama Dur'Iyah, dimana raja yang memerintah bernama Muhammad Bin Sa'ud. Pada ketika itu negeri itu sememangnya memerlukan seorang Ulama, untuk mengajarkan rakyatnya agama bagi mengukuhkan lagi kerajaannya. 

    Maka, dengan pertolongan dan sokongan Raja Dur'Iyah, Muhammad 'Abdul Wahab pun mengembangkan fafamannya tanpa gangguan. Sehingga beliau mempunyai ramai anak murid yang bukan sahaja dari dalam negeri Dur'Iyah tetapi juga dari sekeliling bandar tersebut. Pengaruh dan kekuasaan Wahabi-Sa'udi semakin lama semakin kuat sehingga dapat menyerang dan menakluk Hijjaz lalu menduduki Mekah dan Madinah selama 10 tahun dari 1802M hingga 1812M.

    Setelah menduduki Mekah dua tahun, beliau telah mengirim tiga orang putera Minangkabau yang bermukim di Mekah untuk menyiarkan ajaran-ajaran Wahabi di Minangkabau. Mereka ialah Haji Miskin, Haji Piobang dan Haji Simanik. Dengan bergabung dengan Tuanku Nan Rencheh di Kamang, Bukit Tinggi, mereka telah mengembangkan fahaman Wahabi tetapi dengan nama Gerakkan Paderi.

    Ketika menjajahi Mekah dan Madinah, banyak kerosakkan telah dilakukan oleh pengikut-pengikut fahaman Wahabi dengan meruntuhkan kubah-kubah yang ada diatas perkuburan Mu'ala dan Baqi'i. Tetapi tidak meruntuhkan 'Kubbatul Khadra', dimana terletaknya maqam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid Nabawi, Madinah.

    Fahaman Wahabi yang berkuasa di Mekah dan Madinah, telah dihalau oleh tentera Muhammad 'Ali, Raja Mesir yang dipimpin oleh anaknya, Jeneral Ibrahim Pasya. Mereka diusir dan diburu sampai ke negeri Nejdi, sehingga Raja mereka Muhammad Sa'ud Al-Kabir ditangkap dan tibawa ke Mesir lalu dihukum mati di Istanbul, Turki.

    Kerajaan Sa'udi menjadi hancur lebur, tetapi ramai pengikut-pengikut Wahabi berserakkan bersembunyi di desa-desa Nejdi. Disini mereka mula mengumpulkan kekuatan mereka dan menyerang dan menakluki Mekah dan Madinah semula dari tahun 1924M hinggalah sekarang. Raja yang mengetuai serangan di Mekah itu adalah 'Abdul 'Aziz Bin 'Abdul Rahman 'Ali Faisal, yakni bapa dari Raja Faisal.

    Muhammad Bin 'Abdul Wahab dianggap sebagai pembangun ajaran-ajaran wahabi yang 'Muslih', 'Permodenisasi' yang besar, dan seorang yang berfahaman moden dan maju. Ulama-ulama Wahabi tidak marah jika mereka dipanggil Wahabi. Malah mereka telah mangarang sebuah kitab mengenai fahaman ini berjudul "Al-Hidayatus Suniyah Wa Tuhfatul Wahabiyah An Nijdiyah"

Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang Dibawa Oleh Muhammad 'Abdul Wahab.            

1.    Dalam mempelajari ilmu Ushuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.

2.    Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).

3.    Mengambil sumber Al-Quran dan Hadith yang kuat sahaja tanpa 'Ijma Ulama dan Qias.

4.    Melarang keras umat Islam mendo'a dengan Tawassul (Perantaraan).

5.    Melarang berpergian menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. (Adapun orang yang menunaikan Fardhu Haji yang diizinkan ke Madinah pada Wahabi berkuasai ini, menurut Wahabi mereka datang ke Madinah menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.)         

6.    Menghancurkan tugu-tugu peringatan, kerana hal ini semuanya menjadikan orang musyrik. Gedung besar yang dibangunkan diatas tempat Nabi di Suq al Leil di runtuhi         

7.    Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara, Tahlil dan sebagainya.         

8.    Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidin Nabi, Isra' Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain.         

9.    Melarang mengaji "Sifat Dua-puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.         

10.   Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH dibuang jauh-jauh.

11.   Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w 

12.   Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Mesir dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja, begitu juga Adzan tidak boleh berlagu.         

13.   Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.         

14.   Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Sholat.         

15.   Amal-amal Tariqah, umpamanya Tariqah Naqsyabandi, Tariqah Qadiri, Tariqah Sazali. Tariqah Saman dan lain-lain dilarang keras.         

16.   Wirid, berdo'a selepas Sholat berjema'ah dilarang keras.  

- petikan dari buku 40 Masalah Agama, 
- karangan Al-Fadhil Abuya K.H. Siradjuddin 'Abbas, 
- Ulama Besar Indonesia.
 
Wallahu'alam.

Islamiah | Musafir Ikhlas` | Sastera Melayu