Make your own free website on Tripod.com

Assalammua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh ... Jazakallah

Islamiah

Cinta Akan ALLAH

    "Dan segala mereka yang beriman, amatlah cintanya akan Allah Tuhan semesta alam."
                                                                                                                    (Q.A. 165.S.2:Al Baqarah)

    "Tiga perkara, barangsiapa terdapat padanya yang tiga perkara itu, terasalah olehnya kemanisan Iman. Mencintai Allah dan Rasulnya, lebih dari mencintai yang lain, dan apabila mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, benci kembali kepada kufur serupa dengan benci dicampakkannya kedalam api yang bernyala-nyala."                            (Sahih Bukhari dan Muslim)

    Hadith ini benar-benar menyuruh hati ini dengan semahu-mahunya menyintai Allah dan Rasulnya tetapi ianya tidak menegah kita dari mencintai sesama manusia. Alangkah bagusnya jika kita dapat mencintai seseorang itu kerana Allah. Bagaimana ianya dikatakan kita mencintai seseorang itu kerana Allah!

    Adab pertemuan ada perpisahan dan tidak semestinya pertemuan itu menjanjikan sebuah ikatan. Ikatan terlerai akibat perpisahan. Namun sebagai seorang yang beriman hendaklah redha dengan ketentuan. Patah tumbuh hilang berganti, dengan itu tabahkan lah hati kerana disitulah terdapat segala hikmah dan penentuan.

    Namun cinta kepada Allah tiada apa yang dapat memisahkan. Apabila jiwa terleka namun kerana kasih dan sayang Allah senantiasa mengingatkan. Ditimpa pelbagai musibah agar kembali mengingati-Nya. Terpancar cahaya yang sungguh indah hingga membuatkan hati terpesona dengan keindahannya.

    Langkah demi langkah diatur dari merangkak hingga berdiri tegak namun tatkala ia rebah menyembah bumi. Disitulah hati yang sayu mengingatkan setiap gerak dan laku. Dikal merebahkan diri, tidur berbaring diperaduannya disaat itu fikiran melayang, adakah fikiran itu terhadap penyesalan atau berangan kepada sesuatu yang tak pasti.

    Dan apabila sedar pastikah anda ada mengucapkan syukur atau kembali pula pada ingatan angan-anganmu. Oh! sungguh pilu lagi hati ini kerana setiap perbuatanku melupakan Mu ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini.

    Perhilah solat kerana dengan solat itu dapat menenangkan dirimu. Ingatlah sabda Rasul kepada saidina Bilan Ibn Abi Rabah:
        "Ya Bilal! Persenangkan diri kami dengan solat."

    Dan ingat pula akan perkataannnya:
        "Telah dijadikan penyejuk mataku dalam solat"

    Firman Allah SWT:

    "Hai segala mereka yang telah beriman, sebutlah olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak dan ucapkanlah tasbih dipagi hari dan petang. Dialah ALLAH yang menurunkan rahmat-Nya kepadamu, demikian juga malaikat-malaikat-Nya sama berdoa untukmu, untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan (kekesatan) membawa kamu ke dunia yang terang (kepada agama Allah yang diredhai) : dan Allah itu sangat-sangat mengasihani akan segala mereka yang beriman."                                                                                                        (Q.A. 41-43 S.33: Al Ahzab)

    Dikala hatimu keresahan, dengarkanlah suara azan, suara yang mendayu-dayu mengajakmu kearah kebaikkan. Limpahilah muka mu dengan wu'dhu basahilah telingamu dengan bacaan ayat suci Al-Quran diwaktu itulah hati dibaluti dengan KEINSAFAN maka terpancarlah keimanan.

    Hatiku masih resah, bimbang dengan keadaanku yang masih ragu-ragu dengan noda-noda yang telah aku lakukan oleh itu inilah balasan terhadap aku yang berdosa.Namun  ingatlah wahai teman sesungguhnya ujian yang mendatang itu apabila hati redha menerima segalanya maka ianya dapat mengurangkan sedikit bebanan raja yang bernama 'HATI'

    Mana Iman, mana takwa, mana ketenangan yang kucari.........Semuanya hanya kepada ALLAH, hanya padaMu ya Allah padaMu yang Esa Tuhan semesta Alam.

Allahu'alam

Kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

    Rasulullah s.a.w. bersabda: "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. 

    Berkata Jibril a.s.: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar." 

    Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu." 

    Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada  Allah  S.W.T  dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu." 

    Malaikat Izrail a.s. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan  aku  cabut  ruh  mereka  itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Allahu'alam

Budi bicara membentuk pekerti mulia

    "Orang memberi kita berasa, orang berbudi kita berbahasa".

    Itulah pepatah Melayu yang digunakan agar kita mempunyai budi pekerti yang baik. Bahasa yang sopan lagi indah melambangkan keperibadian seseorang. Sesuai dengan adat yang dibentuk dari zaman nenek moyang kita lagi. Hidup dalam batas susila sesuai dengan agama dan adat.

    Bahasa kini tidak dijaga. Disebut semudah aja. Perkataan mencarut dianggap gurau jenaka dikatakan hanya bergurau senda.

    Berbahasa menunjukkan bangsa, sudah menjadi hidup adat resam orang melayu kita berbudi bahasa barulah aman sentosa.

    Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

    "Tidak akan lurus iman seseorang hamba sehingga lurus pula hatinya. Dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya."

    Nabi juga pernah menyatakan bahawa ada manusia itu akan ditelungkupkan menerusi hidung-hidung mereka disebabkan hasil percakapan lidah mereka.

    Baginda bersabda lagi maksudnya:

        "Pencacian seorang mukmin ialah fasik (perkara jahat) dan pembunuhan itu adalah kekufuran"

    Dalam Islam amat menekankan percakapan yang baik. Kerana ia melambangkan muslimin dan muslimat yang sejati. Sebagai seorang Islam yang mengaku beriman dengan sebenar-benarnya maka dugaan amatlah berat bagi diri kita.

    Allah akan menguji hamba-Nya seperti mana Dia menguji orang-orang yang terdahulu diuji.

    Namun kita hanya manusia biasa. Perasaan marah boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini terjadi. Antara tidak sedar kita telah mengucapkan kata-kata keji. Tatkala itu syaitan memainkan peranannya dengan menghembus dan mengilhamkan perngucapan yang keji lagi kotor. Sesungguhnya kata-kata keji dan kotor ini datangnya dari syaitan semata-mata.

    Berbalik kepada perkara yang patut ditegah agar tidak terkeluar perkataan-perkataan ini maka kesabaran mengambil alih tugas ini. "Assabarul Minal Iman" Sabar itu separuh dari Iman. Apabila marah bayangkan perkataan 'Sabar' itu dan apabila duduk maka diharuskan bangun lalu berlalu pergi ketempat lain kerana syaitan berada disitu. Lalu pada masa yang sama ambillah wu'dhu membasahi muka. InsyaAllah perasaan marah itu akan hilang. Malah dengan sifat sabar itu ada keberkatannya. Alhamdulillah.

    Luahkanlah kata-kata yang baik. Lemah lembut adalah sifat orang-orang mukmin yang sejati. Berkatalah dengan penuh sifat zuhud. moga diberkati hidup didunia dan akhirat.

    Tepuk dada tanya selera, selera kata membujur melintang patah. Sebaliknya jika tepuk dahi tanyalah minda untuk merenungkan Iman, Iman yang sebenarnya akan bersuara. Ikhlaskan niat yang tulus suci dalam setiap perbuatan mahupun percakapan. Segala gerak langkah dalam penghidupan dan amalan untuk hari kemudian hendaklah semata-mata untuk Allah yang Maha Esa.

    Rasulullah saw bersabda maksudnya:  "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."                        (Sahih Muslim)

Allahu'alam

Islamiah | Musafir Ikhlas` | Sastera Melayu