Make your own free website on Tripod.com

Assalammua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh ... Jazakallah

Islamiah

Muqadimah Islam


Muqadimah
Kedudukan, sifat Dan Watak Islam

    Sebagaimana dimaklumi bahwa sumber ajaran Islam adalah Qu'ran dan Sunnah Nabi s.a.w. Oleh kerana itu siapa saja yang hendak mengenal dan mempelajari seluk beluk agama Islam secara utuh dan murni tentu harus mengambil dari kedua sumber tersebut.

    Berikut ini dikutipkan beberapa firman Allah s.w.t. yang menjelaskan tentang kedudukan sifat dan watak Agama Islam:

1)     Sesungguhnya agama (yang diredha) di sisi Allah hanyalah Islam. (Ali 'Imraan 19)

2)     Barangsiapa menghendaki agama selain Islam maka sekali-kali tidak akan diterima dan pada hari akhirat nanti termasuk orang-orang yang merugi. (Ali 'Imraan 85)

3)     Pada hari ini Aku telah menyempurnakan bagimu agamamu serta telah Aku lengkapkan nikmat ku kepada mu dan Aku (pun) telah redha Islam sebagai agamu mu. (Ali-Maidah 3)

4)     Hadapkanlah wajahmu dengan lurus dan betul kepada agama (Allah); (tetaplah atas) firman Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah Allah. (Itulah) Agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar-Ruum 30)

5)     (Allah) telah mensyari'atkan agama itu untuk mu (yaitu) yang telah ia wasiatkan kepada Nuh dan kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan (juga) yang kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa. (Kerana itu)hendaklah kamu tegakkan Agama it dan jadikan berselisih padanya. (Asy-Syara 13)

6)     Katakanlah (hai orang-orang mu'min): "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami dan kepada apa yang telah ditirunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'akob serta anak cucunya dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Musa, Isa serta para Nabi dari tuhan mereka. Kami tidak membedakan antara seseorang pun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya." (Al-Baqarah 136)

7)     Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya. (An-Nisa 125)

8)     Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan sebagai rahmat bagi semesta alam. (Al-Anbiya' 107)

9)     Selanjutnya dapat dilihat pada ayat-ayat berikut:
            - Al-Baqarah 112 , 133 dan 256
            - Ali 'Imran 83
            - At-Taubah 33
            - Yunus 74 dan 84
            - An-Nah 36
            - Ash-Shaff 9

Dari firman-firman Allah tersebut dapat kita tarik beberapa kesimpulan:

1.     Islam adalah satu-satunya agama yang sah dan diakui oleh Allah swt.

2.     Agama selain Islam tidak akan diterima oleh Allah swt.

3.     Islam adalah agama ciptaan Allah yang cocok dan sesuai dengan fitrah kejadian manusia.

4.     Islam adalah agama yang dianut dan diajarkan oleh segenap Utusan Allah mulai dari Adam sampai kepada Nabi yang terakhir yaitu Muhammad saw.

5.     Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw membawa rahmat kesejahteraan bagi alam semesta.

Allahu'alam.

Erti Menerima Islam

 
   
Kita semua sekarang sudah tahu bahawa seseorang itu Muslim apabila ia menerima Islam. Walau bagaimanapun, satu tanda tanya timbul di kepala kita, apakah erti menerima Islam itu? Bagaimanakah kita boleh dianggap atau dikatakan telah menerima Islam? Memadaikah kita ini dikatakan menerima Islam dengan hanya berkata: "Saya telah menjadi seorang Muslim atau saya telah menerima Islam!".

    Adakah seseorang itu dikatakan menerima Islam apabila ia boleh melafaz beberapa patah perkataan Arab tanpa memahami maksudnya sebagaimana seorang Brahmin (Hindu) membaca beberapa ayat (mentera) Sanskrit yang ia sendiri tidak mengerti? Jawapan kita sudah tentu begini: "seseorang itu dikatakan menerima Islam apabila ia menerima ke-Islamannya itu dengan sedar (siuman) dan sengaja (tidak dipaksa) dan beramal serta bertindak sesuai dengan kehendak Islam itu sendiri."

    Islam juga bermakna ilmu. Islam juga bererti mengamalkan ilmu itu. Seseorang boleh menjadi Brahmin dan kekal sebagai Brahmin sebab ia dilahirkan sebagai Brahmin walaupun ia tidak berilmu. Akan tetapi seseornag tidak boleh menjadi Muslim tanpa ilmu. Ia menjadi Muslim dengan ilmu. Bagaimanakah seseorang itu hendak memperkukuhkan imannya dan bertindak mengikut kehendak keimanannya tadi kalau ia tidak mengetahui ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w? (Kalau ilmu tentang ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w tidak apa padanya).

    Kalau ia tidak dapat mengukuhkan keimanannya dengan ilmu dan pemahaman serta pengertian, bagaimanakah pula ia hendak menjadi seorang Muslim? Oleh itu tidak mungkin kita menjadi Muslim dalam keadaan jahil. Sesiapa pun yang dilahirkan dalam rumah orang Islam, memiliki nama macam orang Islam, berpakaian seperti orang Islam dan menggelarkan dirinya Muslim adalah sebenarnya bukan Muslim. Seseorang itu adalah Muslim yang sebenar apabila ia mempunyai pengertian terhadap keIslamannya itu dan apabila ia menerima keIslamannya itu dengan penuh kesedarannya (iaitu mengerti akan ke-Islamannya dan menerima ke-Islaman itu dengan penuh kesedaran).

    Perbezaan sebenar antara seseorang kafir dengan seseoang Muslim bukan terletak atas nama sebagaimana kita menganali Joginder Singh sebagai kafir dan Abdullah sebagai Muslim. Perbezaan sebenar antara seseorang kafir dan seorang Muslim bukan tertakluk pada pakaian sebagaimana kita mengenali seorang kafir sebab ia memakai kimono (pakaian kebangsaan Jepun) atau kita mengenali seseorang Muslim sebab ia memakai serban. Perbezaan sebenar antara seorang kafir dan seorang Muslim terletak pada ilmu. Yang seorang menjadi kafir sebab ia tidak tahu bagaimanakah bentuk hubungan Allah dengannya dan bentuk hubungan ia dengan Allah. Ia juga kafir sebab ia tidak tahu jalan yang sebenar ia harus ikut di dunia ini agar ia mendapat keredhaan Allah

Allahu'alam.

Hargai Pemberian Terbesar Dari Allah


    Setiap Muslimin dengan ikhlas meyakini bahawa nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia di dunia ini ialah Islam. Kita di sini lebih patut untuk bersyukur pada-Nya kerana dimasukkan di kalangan orang Muslim atau umat Nabi Muhammad s.a.w, Allah sendiri telah menyatakan Islam sebagai nikmat kepada manusia dalam firmanNya:

    "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama mu dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat Ku, dan telah Ku redhai Islam itu sebagai agama bagi mu." (Al-Maidah:3)

    Adalah menjadi tanggungjawab kita umat Islam untuk membalasi nikmat terbesar dari Allah ini. Di kalangan manusia pun kita patut tahu membalas budi orang, apatah lagi dengan Allah, sudah tentu lebih patut. Bagaimanakah kita hendah mensyurkuri atau menunjukkan rasa terima kasih kita kepada Allah yang sentiasa melimpahi kita dengan nikmatNya yang tidak terhitung itu? Bentuk kesyukuran yang terbaik ialah dengan menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. yang taat. Inilah caranya kita melahirkan rasa terhutang budi kita, iaitu dengan menjadi Muslim sepenuhnya atau Muslim keseluruhannya. Tiada cara lain yang dapat kita lahirkan rasa kesyukuran ini kepada Allah melainkan dengan cara ini. Jika kita tidak berusaha untuk membuktikan kesyukuran ini, nescaya siksa Allah yang bakal diterima adalah sama besarnya dan hebatnya dengan nikmat serta kurnia yang Ia berikan. Semoga Allah jauhi balasan siksa ini dari kita.

    Langkah Pertama Untuk Menjadi Seorang Muslim:

    Kita tanya diri kita: "Bagaimanakah hendak menjadi seorang Muslim yang sebenar?"

    Ini memerlukan penelitian yang cermat dan butir-butir yang terang.

    Sekarang mari kita tumpukan pemikiran kita untuk memahami apakah erti perkataan 'MUSLIM' itu. Adakah manusia menjadi Islam kerana ia dilahirkan dalam Islam? Adakah Muslim itu nama sesuatu bangsa? Adakah seseorang itu menjadi Muslim sebab ia adalah anak cucu kepada seorang Musllim? Adakah seseorang itu dilahirkan sebagai Muslim sebagai mana anak Brahmin dilahirkan sebagai Brahmin? Adakah Muslim ini nama sesuatu kasta atau kelas sebagai mana orang Inggeris? Adakah kita Muslim sebab kita dilahirkan di dalam masyarakat yang dipanggil Muslim? Orang yang demikian bukanlah Muslim yang sebenarnya. Seseorang itu Muslim bukan kerana ia termasuk dalam mana-mana rumpun bangsa. Ia Muslim sebab ia menerima Islam. Kalau ia menolak Islam, maka ia bukan Muslim lagi. Samada seseorang itu orang Melayu, Inggeri atau Negro atau apa-apa bangsa sekalipun, ia akan di terima masuk ke dalam kumpulan masyarakat Islam apabila ia menerima dan mengakui akan Islam. Akan tetapi, seseorang akan disingkirkan dari berada dalam kumpulan masyarakat Islam apabila ia menolak dan menidakkan Islam walaupun ia anak seorang mufti, atau ulama'.

    Sekarang fahamlah kita bahawa nikmat serta kurnia terbesar dari Allah kepada kita ialah Islam (Yang sama-sama kita rasai sekarang). Ia bukanlah sampai kepada kita dengan sebab keturunan atau bangsa. Ia bukanlah satu benda yang secara spontan berada pada kita sama ada kita ambil peduli tentangnya atau tidak.

    Islam ialah satu nikmat yang perlu usaha untuk mendapatkannya. Jika kita berusaha bertungkus lumus untuk mendapatkannya, kita akan layak untuk menerimanya. Akan tetapi kalau kita sudah tidak peduli tentangnya lagi maka nikmat yang paling berharga ini akan dirampas dari kita. Semoga Allah jauhkan yang demikian itu dari kita.

Allahu'alam.

Jangan sombong dengan pemberian Allah


    Apabila kita mentadbirkan sesuatu benda yang diberikan oleh Allah kepada kita mengikut apa yang Allah tetapkan, maka ini bukan bermakna perbuatan kita ini adalah sebagai faedah bagi Allah atau sesiapa pun. Andainya kita melakukan pengorbanan yang banyak sehingga ke nyawa kita sekalipun, yang kita anggap sebagai besar, ini tidaklah untuk difaedahkan oleh pihak-pihak lain. Ini hanya merupakan usaha kita untuk menunjukkan rasa terhutang budi kita pada Allah atas rahmat serta nikmat yang kita perolehi daripada-Nya. Adakah keupayaan kita untuk melakukan hal ini melayakkan kita merasa bangga dan megah? Kita patut ingat bahawa seorang Muslim yang sebenar tidak akan merasa megah dan sombong dalam menunaikan kewajipan terhadap Allah s.w.t. Ia juga tidak akan merasa megah dan sombong dalam melakukan pengorbanan untuk Allah s.w.t. Sebaliknya kita patut berlatih untuk bersifat rendah diri. Sombong dan bermegah akan merosakkan sesuatu perbuatan yang makruf.

    Sesiapa yang melakukan kebaikan kerana inginkan sanjungan, maka ia telah kehilangan haknya untuk mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. Ini bermakna ia lebih suka memilih ganjaran di dunia daripada ganjaran hakiki di akhirat. Lantaran itu dapatlah ia ganjaran di dunia ini - iaitu pujian dan sanjungan. AKAN TETAPI HAKNYA UNTUK MENDAPAT GANJARAN DI AKHIRAT TELAH PUPUS.

    Cuba bayangkan keagungan Tuhan Allah. Allah mengambil kembali hak kepunyaanNya dan boleh pula berkata: "Aku telah mengambil barang ini dari kau tetapi Aku juga akan membayar harganya." Allahu Akbar! Betapa pemurahnya Allah. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

    "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (At-Taubah:111)

    Inilah sikap Allah terhadap hambaNya. Sekarang perhatikan sikap kita pula. Kita menjual barang yang diberikan oleh Allah kepada kita dan Allah (yang telah memberikan barang itu kepada kita) mendapatkannya kembali dari kita dengan bayaran. Dalam perniagaan ini Allah tidak menerima faedah apa-apa pun (Maha Pemurahnya Allah). Walaupun begitu Pemurahnya Allah kepada kita, kita masih sanggup bekerja dengan pihak-pihak yang dilarang oleh Allah seolah-olah mereka inilah yang menentukan rezeki kita. Kita sanggup jualkan akal kita, tangan kita, kaki kita, tenaga kita dan apa saja yang lain kepada pihak-pihak ini, walaupun mereka ini adalah penderhaka-penderhaka terhadap Allah s.w.t. Bukankah ini adalah satu penghargaan yang seburuk-buruknya terhadap Allah s.w.t? Melakukan jualan atas barang yang tidak ada adalah satu jenayah akhlak dan undang-undang. Di mahkamah dunia, perkara ini dibicarakan atas tuduhah menipu. Adakah kita fikir bahawa di mahkamah Allah kelak kita tidak akan dibicarakan atas tuduhan yang sama?

Allahu'alam.

Islamiah | Musafir Ikhlas` | Sastera Melayu